Kehidupan peribadi Natasha Hudson

Natasha berkahwin sebanyak 4 kali. Perkahwinan pertama beliau bertahan selama 4 bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama. Beliau berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012. Dari tiga perkahwinannya, Natasha dikurniakan tiga anak—Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.[6] Beliau berkahwin kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018.

Pada 2012 juga, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah sekaligus meninggalkan bidang seni yang diceburi. Natasha yang kini tampil berpurdah pada Disember 2016.[7] Dalam satu temu bual bersama IKIM.fm pada 2017, Natasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk berjumpa dengan keluarga bukan beragama Islam termasuk bapanya sambil mendakwa layanan dari keluarganya amat berbeza.[8] Beliau turut mendakwa digelar Wahabi setelah berhijrah.[9]

Rujukan

WikiPedia: Natasha Hudson http://www.imdb.com/name/nm2634461/ http://www.karangkraf.com/video/kisah-natasha-huds... http://ohbulan.com/digelar-wahabi-kerana-berniqab-... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/14... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... https://www.wanista.com/2012/567/majlis-nikah-sede... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/12... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/12...